Kim Jong Un, Putin bincang pengukuhan kerjasama strategik
MOSCOW - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Rusia, Vladimir Putin telah membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dua hala dan sokongan dalam usaha bersama menentang ancaman dan provokasi ketenteraan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Menurut laporan itu, kedua-dua pemimpin membincangkan keamanan dan keselamatan global dan serantau serta mencapai kata sepakat.
Rundingan itu diteruskan dalam suasana yang membina, menurut laporan itu.
Dalam pada itu, Jong Un menjemput Putin untuk melawat Korea Utara, dan pemimpin itu telah menerima jemputan berkenaan.
Jemputan itu disampaikan pada majlis makan malam bersama pada Rabu selepas sidang kemuncak Rusia-Korea Utara di pusat angkasa Vostochny di Wilayah Amur Rusia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!