Pahang kutip hasil RM870 juta setakat ini

Wan Rosdy (empat dari kanan) menyerahkan replika cek BBP 2023 kluster penghantar makanan kepada Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff(tiga dari Kiri) dalam majlis pelancaran program itu di Dewan Orang Ramai Agropolitan Felda Chemomoi, Bentong pada Khamis.
Wan Rosdy (empat dari kanan) menyerahkan replika cek BBP 2023 kluster penghantar makanan kepada Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff(tiga dari Kiri) dalam majlis pelancaran program itu di Dewan Orang Ramai Agropolitan Felda Chemomoi, Bentong pada Khamis.
A
A
A

BENTONG - Sasaran kerajaan negeri untuk meraih kutipan hasil sebanyak RM1.083 billion tahun ini akan tercapai berdasarkan prestasi yang dipamerkan setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberitahu, setakat ini, Pahang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM870 juta.

"Alhamdulillah, ini semua kita uruskan ketirisan, kebocoran, siapa-siapa ada geran tanah untuk bayar cukai sebab ini tanggungjawab mereka dan ingin kita tekankan hasil kita meningkat tidak bebankan siapa-siapa, hanya minta hak kerajaan negeri.

"Insya-ALLAH, mudah-mudahan jumlah sasaran kutipan ini dapat dicapai sebelum Disember nanti," kata Wan Rosdy.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Penjaja, Food Rider, Pemandu Teksi dan MyLesen Prihatin di Dewan Orang Ramai Agropolitan Felda Chemomoi di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, mengulas program BPP tahun ini, beliau memberitahu terdapat dua kluster yang kali pertama kali diperkenalkan iaitu penghantar makanan dan MyLesen Prihatin melibatkan subsidi lesen motosikal untuk belia berumur 18 hingga 21 tahun.

Untuk kluster penghantar makanan, kerajaan negeri memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta melibatkan bantuan RM200 seorang untuk 5,000 penerima dan RM720,000 keseluruhan bagi belia mendapatkan lesen motosikal dengan sumbangan RM200 seorang melibatkan 3,600 penerima.

"Kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dalam apa jua keadaan.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, ini semua dapat dilaksanakan kerana kedudukan kewangan kerajaan negeri kukuh dan seperti yang dijanjikan jika ada lebihan akan serah semula kepada rakyat," tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!