Pengurusan Covid-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan

Mas Ermieyati berkata, PAC membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat perlu adanya prosiding keempat. - [Foto Awani] Gambar kecil: Wee Ka Siong
Mas Ermieyati berkata, PAC membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat perlu adanya prosiding keempat. - [Foto Awani] Gambar kecil: Wee Ka Siong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk prosiding Pengurusan Wabak Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, PAC membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat keperluan mengadakan prosiding keempat.

Menurutnya, prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

“PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada YB Datuk Seri Ka Siong memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini.

“Untuk berlaku adil kepada beliau, PAC mendengar penjelasan YB Datuk Seri Ka Siong.

“Tetapi saya tidak akan mendedahkan atas sebab apa memadangkan prosiding PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini, dan saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya.

Tambahnya, prosiding itu adalah berkaitan Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE).

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata PAC sebulat suara bersetuju untuk memulakan prosiding ke atas Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).

“Tajuk bagi prosiding ini akan ditentukan kemudian dan PAC dijangka memulakan prosiding berhubung isu ini pada minggu kedua, mesyuarat ketiga, Parlimen ke-15 2023,” ujarnya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!