Gelagat adik-beradik Anzalna bersama Paris Hilton curi perhatian

Adik-beradik Anzalna tidak melepaskan peluang bergambar bersama Hilton (tengah).
Adik-beradik Anzalna tidak melepaskan peluang bergambar bersama Hilton (tengah).
A
A
A

KEHADIRAN selebriti, model dan usahawan, Paris Hilton ke pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada Rabu lalu bagi mempromosikan minyak wangi terbaharunya iaitu Ruby Rush sememangnya menarik perhatian umum.

Tampil cantik dengan blaus berwarna turquoise, selebriti berusia 42 tahun itu dilihat mesra melayan peminat yang hadir.

Bukan itu sahaja, adik Anzalna yang juga pelakon, Afifah Nasir turut berkongsi keterujaan bersama adik-beradiknya yang lain apabila dapat beramah mesra dengan anak taikun Richard Hilton dan cicit kepada pengasas rangkaian hotel Hilton, Conrad Hilton itu.

Ketika sesi bergambar bersama, Afifah dan adik-beradiknya iaitu Diana, Mia dan adik bongsunya, Nazirah Nasir sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu nyanyian Hilton berjudul Stars Are Blind.

“Sisters, you’re gorgeous (adik, kamu sangat cantik),” kata Hilton dalam video tersebut.

Pada ruangan kapsyen, Afifah mendedahkan Hilton turut memuji dress hitam yang dipakainya dan rambutnya.

Paling menarik, tidak sekadar bergambar dan merakam video, adik-beradik jelita itu turut mendapatkan autograf daripada Hilton.

Sebelum berkunjung ke Malaysia, ibu kepada Phoenix Barron Hilton Reum itu berada di Bangkok, Thailand bagi tujuan sama.

Artikel Berkaitan:

Hilton berkahwin dengan penulis dan ahli perniagaan, Carter Reum, 41, pada November 2021.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!