Harimau Muda idam khidmat tonggak JDT di Piala Asia B-23

Shahril Mokhtar - Foto FB FAM
Shahril Mokhtar - Foto FB FAM
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) mengharapkan dapat menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika aksi Piala Asia B-23 di Qatar pada April tahun depan.

Pengurus pasukan skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, perancangan untuk mendapatkan khidmat pemain JDT beraksi bersama Harimau Muda akan dibincangkan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Perancangan itu tidak pernah mati. Saya sering berbincang dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin apabila ada panggilan kem kebangsaan sama ada Arif Aiman, Feroz (Baharudin), Ramadhan (Saifullah) boleh dipanggil?

"Jadi, terpulang kepada pucuk pimpinan kerana kami ini mudah, jika ada pemain, kami akan buat kerja kami.

"Saya berharap dan berdoa bulan empat nanti, pemain-pemain ini akan dapat membantu pasukan," katanya pada Rabu.

Harimau Muda berjaya mara ke Piala Asia B-23, namun disifatkan agak bernasib baik kerana menjadi pasukan terakhir dalam kelompok empat naib juara terbaik di peringkat kelayakan.

Cabaran getir menanti pasukan negara di pentas tertinggi Asia itu dan memerlukan pemain-pemain bertaraf bintang untuk membantu skuad muda negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!