Perbicaraan Trump tidak akan bermula pada Oktober - Hakim

Trump didakwa pada Ogos bahawa beliau dan defendan bersamanya berpakat untuk menekan pegawai Pilihan Raya Georgia supaya menukar kekalahannya kepada Presiden Demokrat, Joe Biden. - Foto fail AP
Trump didakwa pada Ogos bahawa beliau dan defendan bersamanya berpakat untuk menekan pegawai Pilihan Raya Georgia supaya menukar kekalahannya kepada Presiden Demokrat, Joe Biden. - Foto fail AP
A
A
A

WASHINGTON - Perbicaraan Donald Trump di Georgia, Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan cuba membatalkan kekalahannya dalam Pilihan Raya 2020 tidak akan bermula pada Oktober.

Perkara itu disahkan hakim dalam keputusan yang membenarkan bekas Presiden AS itu dibicarakan selepas perbicaraan dua bekas peguamnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Fulton County, Scott McAfee memetik kebimbangan logistik dan pelbagai isu undang-undang yang tidak dapat diselesaikan dalam memisahkan perbicaraan peguam Kenneth Chesebro dan Sidney Powell daripada Trump dan 16 defendan bersama yang lain.

Tarikh perbicaraan untuk Trump, calon utama untuk pencalonan Presiden Republikan 2024 masih belum ditetapkan dan hakim menyatakan kes itu mungkin perlu dipecahkan lagi.

McAfee sebelum ini menyuarakan keraguan bahawa kesemua 19 defendan boleh dibicarakan bersama.

Trump didakwa pada Ogos bahawa beliau dan defendan bersamanya berpakat untuk menekan pegawai Pilihan Raya Georgia supaya menukar kekalahannya kepada Presiden Demokrat, Joe Biden.

Trump dan defendan lain telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Powell dan Chesebro, dua peguam yang dituduh membantu usaha Trump untuk menukar kekalahannya dalam pilihan raya sebelum ini meminta perbicaraan pantas yang dijadualkan bermula 23 Oktober.

Artikel Berkaitan:

Trump dan beberapa defendan lain berkata, tempoh masa tidak akan memberi mereka waktu yang cukup untuk menyediakan bukti pembelaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!