Anak Presiden Joe Biden didakwa atas pertuduhan memiliki senjata api

Hunter Biden (gambar), anak lelaki Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden didakwa oleh Penasihat Khas negara itu, David Weiss atas pertuduhan jenayah senjata api yang dibelinya pada tahun 2018. - Foto Reuters
Hunter Biden (gambar), anak lelaki Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden didakwa oleh Penasihat Khas negara itu, David Weiss atas pertuduhan jenayah senjata api yang dibelinya pada tahun 2018. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Hunter Biden, anak lelaki Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden didakwa oleh Penasihat Khas negara itu, David Weiss atas pertuduhan jenayah pemilikan senjata api yang dibelinya pada tahun 2018.

Pendakwaan itu sekali gus menjadi pertuduhan pertama dalam sejarah Jabatan Kehakiman AS mendakwa anak seorang presiden yang masih berkhidmat.

Tiga tuduhan itu termasuk membuat kenyataan palsu dalam borang senjata api persekutuan dan memiliki senjata api sebagai individu yang dilarang.

Ini adalah peristiwa yang luar biasa selepas perjanjian pengakuan asalnya diketepikan dan berpotensi membuka jalan untuk perbicaraan dramatik dalam usaha pencalonan semula bapanya pada tahun 2024.

Pentadbiran di White House pada awalnya beranggapan, ‘drama undang-undang’ Hunter Biden akan berakhir pada musim panas ini, namun, perjanjian pengakuan yang dicapai dengan Weiss untuk menyelesaikan perkara ini tanpa tuduhan gagal sepanjang musim panas ini akibat pemantauan yang ketat oleh seorang hakim persekutuan.

Parti Republikan dalam Dewan Perwakilan juga telah mengumumkan siasatan pelantikan terhadap presiden berkaitan dengan perniagaan Hunter.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa panggilan telah dikeluarkan pada hari Khamis bagi memerintahkan beliau hadir di mahkamah untuk penampilan awal berkaitan dengan tuduhan ini, walaupun tidak jelas bilakah dan di mana penampilan awal tersebut akan berlaku.

Dakwaan ke atas Hunter akan memainkan peranan besar dalam kempen Presiden AS pada tahun 2024, ketika Joe Biden yang berusia 80 tahun sedang mengusahakan pencalonan semula dirinya dalam pertarungan yang berkemungkinan akan menemukannya dengan bekas Presiden negara itu dari Republikan, Donald Trump, 77.

Artikel Berkaitan:

Trump pula pada masa ini sedang menghadapi empat perbicaraan jenayah di mahkamah.

Sebelum ini, Hunter, 53, akan mengaku bersalah kepada dua tuduhan cukai jenayah ringan dan mendaftar dalam program untuk mengelakkan pendakwaan dalam kes senjata api, namun, ia tidak berlaku dalam perbicaraan bulan Julai lalu.

Menurut sumber CNN, sebarang rancangan untuk Hunter yang kini berada di California menyerah diri atau mengadakan penampilan awal termasuk tarikh dan lokasi masih perlu diatur. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!