50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi

Bangunan yang rosak teruk di perkampungan Azgour yang dilanda gempa bumi, di wilayah Amizmiz, Maghribi pada 14 September 2023. - Foto AFP
Bangunan yang rosak teruk di perkampungan Azgour yang dilanda gempa bumi, di wilayah Amizmiz, Maghribi pada 14 September 2023. - Foto AFP
A
A
A

RABAT - Sekurang-kurangnya 50,000 rumah ranap atau runtuh sebahagian dalam gempa bumi di Maghribi pada Jumaat.

Susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI, Mahkamah Diraja Maghribi, dalam kenyataan berkata, kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu, lapor Agensi Anadolu.

Bantuan kewangan langsung sebanyak 140,000 dirham (kira-kira $14,000) akan diberikan untuk rumah yang roboh sepenuhnya dan 80,000 dirham (kira-kira $8,000) untuk rumah yang sebahagiannya runtuh, menurut kenyataan itu.

Pandangan dari udara menunjukkan kesan gempa bumi kuat 6.8 magnitud di wilayah Al-Haouz. - Foto AFP
Pandangan dari udara menunjukkan kesan gempa bumi kuat 6.8 magnitud di wilayah Al-Haouz. - Foto AFP

Sekurang-kurangnya 2,946 orang terbunuh dan 5,674 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter yang melanda Maghribi pada Jumaat.

Gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara itu dalam tempoh seabad, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi. - Bernama-Agensi Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!