Nahas Elmina: Tiada bulu burung pada enjin pesawat

Peta umum maklumat bangkai pesawat yang terhempas.
Peta umum maklumat bangkai pesawat yang terhempas.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang penemuan objek asing atau bulu burung pada komponen enjin pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati, enjin kanan dan kiri pesawat berkenaan telah pecah menjadi tiga dan empat segmen yang berbeza masing-masing; kipas, pemasangan kes kipas, perantaraan bahagian pemampat tekanan (IP) dan bahagian pemampat tekanan tinggi/panas.

“Starter, Unit Hidromekanik (HMU) dan kotak gear semuanya terlepas dari enjin kanan dan kiri.

“Kedua-dua enjin juga tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin,” menurut laporan berkenaan yang dimuatnaik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

Laporan itu turut menyebut, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang dan sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

Artikel Berkaitan:

Semasa terhempas, pesawat itu dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal, masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!