Tiga penjaga parkir haram didakwa di mahkamah

Dua penjaga parkir yang masing-masing telah dikenakan hukuman penjara seminggu dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret DBKL pada Jumaat.
Dua penjaga parkir yang masing-masing telah dikenakan hukuman penjara seminggu dan denda RM600 oleh Mahkamah Majistret DBKL pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki termasuk seorang warga India didakwa di mahkamah selepas dikesan menjalankan kutipan parkir di kawasan awam tanpa kebenaran.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan sekitar Jalan Walter Garnier, Bukit Bintang dan Jalan Lumut, Titiwangsa pada Khamis lalu.

Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk proses dokumentasi bagi pendakwaan mahkamah pada Jumaat.

"Hasil keputusan Mahkamah Majistret DBKL, seorang daripadanya telah dikenakan hukuman penjara satu minggu, seorang dijatuhi hukuman denda RM600 manakala seorang lagi diperintah hadir sebutan semula kes pada 6 Oktober depan.

"Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987," menurut kenyataan pada Jumaat.

Ujar kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan tersebut dilakukan melalui risikan, pengumpulan data dan pemerhatian berterusan di lokasi tumpuan (hotspot).

Katanya, DBKL mengesan terdapat individu-individu yang menjaga dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran di kawasan awam melibatkan bahu jalan, siar kaki, kawasan lapang atau petak letak kereta awam sedia ada pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!