Inkues Baby Syifaa: Pakar forensik Thailand antara enam saksi baharu

Hafiz Norkhan
Hafiz Norkhan
A
A
A

SEREMBAN - Peguam keluarga Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa Yuseri akan mengemukakan seramai enam lagi saksi untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian bayi berkenaan.

Peguam, Hafiz Norkhan ketika ditemui di Mahkamah Koroner Seremban pada Jumaat memaklumkan enam saksi itu termasuk bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Bukit Aman, Amidon Anan dan bekas Ketua Polis Daerah Seremban, Nanda Maarof.

Turut dinamakan pakar forensik dari Thailand, Dr Khun Ying Porntip Rojanasunan.

Pada prosiding pengurusan kes yang bermula jam 10 pagi, Koroner Datin Surita Budin mempersoalkan kenapa pihak peguam keluarga baru mengemukakan pakar forensik dari Thailand itu sebagai saksi rebuttal (saksi untuk menyanggah).

Ujarnya, saksi tersebut sepatutnya dipanggil lebih awal dan bukannya selepas kesemua saksi utama dipanggil.

"Sepatutnya laporan dikemukakan lebih awal sebab kita boleh tengok perbezaannya. Adakah kita nak kena memanggil semua sekali (saksi) kalau ada apa-apa persoalan baru ditimbulkan? Tidak kah membazir masa?" katanya.

Pegawai pengendali kes, Zahida Zakaria pula memaklumkan, yang pejabat pakar forensik Thailand terbabit ketika dihubungi mendakwa tidak menerima sebarang permohonan untuk memanggilnya sebagai saksi dalam prosiding berkenaan.

Surita kemudian berkata, beliau berharap pihak peguam tidak melengahkan lagi prosiding kes tersebut kerana ada tempoh setahun untuk membuat analisis kes.

Artikel Berkaitan:

Beliau menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes dan tarikh bicara kekal pada 8 dan 9 November ini.

Sehingga kini, seramai 25 saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues yang bermula pada 22 September lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.

Pada 30 Mac 2022, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Syifaa mungkin dibunuh kerana meragam - Bapa

Inkues Baby Syifaa: Ada kesan darah pada kain buaian

Waris serah baju Baby Syifaa selepas dua bulan

Pengasuh guna buaian kerana 'Baby Syifaa' tak berhenti menangis

Ada 12 kecederaan pada Baby Syifaa: Pakar forensik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!