Thailand, Malaysia perkukuh hubungan dua hala
BANGKOK - Thailand dan Malaysia akan memperkukuh kerjasama dua hala, terutama dalam isu ekonomi dan pembangunan sempadan untuk manfaat rakyat kedua-dua negara.
Perkara itu disuarakan dalam perbualan telefon antara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand yang baru dipilih Parnpree Bahiddha-Nukara dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand berkata dalam perbualan telefon itu juga, Zambry mengucapkan tahniah kepada Parnpree atas pelantikannya.
"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebagai jiran rapat, Thailand dan Malaysia akan secara konstruktif mengukuhkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara,” katanya.
Kerajaan baharu Thailand secara rasmi mengambil alih pentadbiran pada 5 September selepas kemelut tercetus selama hampir empat bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!