Pemuda PN ada hak berhimpun secara aman - Akmal Saleh

Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di Facebooknya pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di Facebooknya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) mempunyai hak untuk dibenarkan berhimpun, kata Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menurutnya, hak berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

"Maka perhimpunan yang ingin dianjurkan pemuda PN pada esok hari, selagi mana ia dilakukan secara aman sepatutnya dibenarkan sama seperti himpunan sebelum ini.

"Jika mereka merasakan perhimpunan itu adalah baik dan mendatangkan faedah untuk rakyat, maka itu adalah hak mereka.

"Rakyat mampu menilai mana yang mendatangkan faedah kepada rakyat ataupun hanya untuk kepentingan politik individu semata-mata," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Himpunan Selamatkan Malaysia anjuran Pemuda PN dijadualkan berlangsung pada Sabtu susulan keputusan melepaskan tanpa bebas (DNNA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal mengalu-alukan penglibatan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam untuk berhimpun di masjid seluruh negara bersempena Hari Malaysia.

Tambah beliau, majlis bacaan Yasin dan solat hajat akan diadakan pada jam 9 malam dengan harapan negara sentiasa diberikan rahmat ALLAH SWT.

Artikel Berkaitan:

“Jemput hadir ke himpunan bacaan Yasin dan solat hajat pemuda UMNO Malaysia di masjid seluruh negara juga esok (Sabtu) ya,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!