Tiga dipercayai sekeluarga maut MPV bertembung lori

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa setelah terlibat nahas di Kilometer (km) 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di Kemaman pada petang Jumaat.
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa setelah terlibat nahas di Kilometer (km) 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di Kemaman pada petang Jumaat.
A
A
A

KEMAMAN - Tiga individu dipercayai sekeluarga maut setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (km) 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, di sini, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, nahas berlaku kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan seorang lelaki dewasa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua yang lain meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Jelas Hanyan, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah kenderaan jenis Naza Citra yang dinaiki lima individu tersebut bertembung dengan sebuah lori.

“Pihak polis sedang mengenal pasti kesemua identiti dan pertalian antara mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini pada petang Jumaat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kita mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dengan menggunakan alat khas untuk memotong besi kenderaan.

“Difahamkan, terdapat lima orang mangsa dalam kenderaan itu dan sebaik pasukan tiba, penumpang lain telah dibawa ke hospital dan ketika itu tinggal seorang mangsa yang masih tersepit” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!