Operasi padam kebakaran Hutan simpan di Kuala Selangor giat dijalankan
SHAH ALAM - Operasi pemadaman kebakaran di hutan gambut di Kompartment 99 Hutan Simpan Raja Musa, Bestari Jaya, Kuala Selangor yang berlaku sejak semalam sedang giat dijalankan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan berkata, operasi itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dibantu oleh agensi berkaitan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Perhutanan.
"Peratus pemadaman sebanyak 12.5 peratus sehingga 6 petang tadi dan operasi akan diteruskan sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!