Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Selasa
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.
"Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut," menurutnya.
Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!