'Kesalahan halangan lalu lintas paling tinggi' - JSPT

JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula Jumaat. - Foto: Polis KL
JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula Jumaat. - Foto: Polis KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,719 saman dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan tertinggi direkodkan ialah halangan lalu lintas sebanyak 3,712 kes.

"Selebihnya ialah letak kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (247), tiada lesen memandu (110), nombor pendaftaran (30), tidak patuh lampu isyarat merah (27), berhenti di petak kuning (7) dan lain-lain (586).

"Operasi dengan kerjasama pasukan sahabat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 30 saman," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sarifudin (kanan) mengiringi Allaudeen dalam memantau keadaan lalu lintas di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto: Polis KL
Sarifudin (kanan) mengiringi Allaudeen dalam memantau keadaan lalu lintas di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Foto: Polis KL

Beliau berkata, tiga kenderaan iaitu satu lori dan dua motosikal turut disita sepanjang operasi terbabit.

Menurutnya, polis turut melakukan 13 tangkapan atas pelbagai kesalahan seperti kes dadah dan memandu mabuk.

Rabu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 hingga 29 September.

Artikel Berkaitan:

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula Jumaat. - Foto: Polis KL
JSPT Kuala Lumpur melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya di ibu negara bermula Jumaat. - Foto: Polis KL

Tiga agensi yang terlibat dalam operasi fasa kedua ini ialah JPJ, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Untuk info, JSPT Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebanyak 157,000 saman sepanjang tempoh pelaksanaan Operasi Fasa 1 bermula 1 Julai hingga 31 Julai lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!