Kayuhan basikal kenang penubuhan Malaysia

Sebahagian peserta yang menyertai kayuhan basikal sempena Hari Malaysia sejauh enam kilometer pada pagi Sabtu. Gambar kecil dari kiri: Jalani, Farah
Sebahagian peserta yang menyertai kayuhan basikal sempena Hari Malaysia sejauh enam kilometer pada pagi Sabtu. Gambar kecil dari kiri: Jalani, Farah
A
A
A

KUANTAN - Bagi menyemarakkan semangat patriotisme, mengenang dan menghayati penubuhan Malaysia, Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang dan Komuniti Basikal Kuantan mengayuh basikal sejauh enam kilometer daripada bandar sehingga ke Teluk Cempedak.

Kumpulan yang disertai 40 individu itu turut mengenakan pakaian lama dan basikal juga dihiasi dengan Jalur Gemilang seakan-akan mengimbau kenangan lalu.

Faizal Izwa
Faizal Izwa

Jurucakap kepada Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang, Faizal Izwa Nawi, 42, berkata, kayuhan yang diadakan sebagai simbolik mengenangkan penubuhan Malaysia menerusi gabungan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963m

"Kita (perlu) mempunyai jati diri yang kuat, kerana ia tentang (sejarah) negara dan menjaga kedaulatan negara kita sendiri.

"Generasi baharu juga perlu kenang (hayati sejarah) bukan sekadar sambutan di TV (televisyen) sebaliknya melalui kayuhan beriadah dan bersahabat ini," katanya ketika ditemui di pekarangan Taman Kerang pada Sabtu.

Beliau memaklumkan selain mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli, program itu turut bertujuan supaya ahli menghargai sejarah negara menerusi lokasi-lokasi yang kami singgah menerusi program ini.

Ujarnya, acara kayuhan bermula di Taman Kerang melalui jalan Teluk Sisik seterusnya ke Masjid Tanjung Api diikuti Taman Gelora sebelum berakhir di Pantai Teluk Cempedak di sini.

Artikel Berkaitan:

"Setiap laluan ini mempunyai sejarah tersendiri di kuantan dan kita akan berhenti di Masjid Tanjung Api dan seterusnya ke pantai Teluk Cempedak.

"Di Pantai Teluk Cempedak, kita akan memberi penerangan mengenai kubu pertahanan British yang ramai tidak tahu tentang kewujudannya kawasan terbabit yang kini menjadi tapak bagi penyanyi busker," jelasnya.

Bagi peserta, Jalani Abdul Rahman, memberitahu penglibatan dalam acara kayuhan ini sebagai menghargai sejarah Hari Malaysia yang sudah mencapai 60 tahun pembentukannya.

Katanya, menerusi cara sebegini dapat menzahirkan rasa ingatan dan penghayatan detik sejarah negara.

Hampir 40 individu terdiri daripada Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang dan Komuniti Basikal Kuantan menyertai kayuhan basikal sempena Hari Malaysia sejauh enam kilometer pada pagi Sabtu.
Hampir 40 individu terdiri daripada Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang dan Komuniti Basikal Kuantan menyertai kayuhan basikal sempena Hari Malaysia sejauh enam kilometer pada pagi Sabtu.

"Sata teruja kerana dapat memberi pendedahan kepada anak muda yang kurang tahu mengenai sejarah apabila acara sebegini diadakan," ujarnya.

Sementara itu, Farah Wong Chui Mei, 52, pula menyifatkan acara kayuhan sebegini dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

"Berbasikal kita bukan setakat untuk bersenam (tetapi) dapat bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai bangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!