Himpunan Selamatkan Malaysia: PDRM tingkat kawalan keselamatan

Anggota trafik bersiap sedia mengawal lalu lintas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Anggota trafik bersiap sedia mengawal lalu lintas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sekitar ibu kota berhubung penganjuran Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung selepas Zohor.

Tinjauan Sinar Harian mendapati anggota polis ditempatkan di lokasi-lokasi strategik dan sekitar kawasan Kampung Baru, dekat sini yang dipilih sebagai lokasi berkumpul oleh pihak Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia.

Meskipun tiada sekatan jalan raya dilaksanakan di laluan utama menuju masuk ke tengah Bandaraya Kuala Lumpur sehingga jam 12 tengah hari, namun PDRM bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

URB PDRM melakukan rondaan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
URB PDRM melakukan rondaan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut digerakkan oleh PDRM bagi memastikan kelancaran aliran trafik berjalan lancar di sekitar ibu kota.

Sinar Harian dimaklumkan, perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) serta monorail tidak akan berhenti di beberapa buah stesen yang berada di sekitar ibu kota untuk tempoh tertentu.

Difahamkan, kemudahan pengangkutan awam terbabit tidak akan berhenti di stesen-stesen berikut iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail, Kampung Baru, Dang Wangi, Medan Tuanku, Bukit Nenas, Raja Chulan, Bukit Bintang, Imbi, Hang Tuah serta Muzium Negara.

Artikel Berkaitan:

Sekumpulan anggota unit trafik PDRM berbincang mengenai tugasan masing-masing di ibu kota Kuala Lumpur.
Sekumpulan anggota unit trafik PDRM berbincang mengenai tugasan masing-masing di ibu kota Kuala Lumpur.

Pada Jumaat, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.

Ujarnya, ketetapan itu dibuat dengan mengambil kira polis telah menerima notis penganjuran perhimpunan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!