Ketua perwakilan asing sampaikan ucapan selamat Hari Malaysia

Tangkap layar ucapan selamat Hari Malaysia daripada Takahashi Katsuhiko di aplikasi X pada Sabtu
Tangkap layar ucapan selamat Hari Malaysia daripada Takahashi Katsuhiko di aplikasi X pada Sabtu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua-ketua perwakilan asing di negara ini menyampaikan ucapan selamat kepada Malaysia sempena Hari Malaysia ke-60 pada Sabtu.

Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dalam meraikan hari bersejarah itu berkata, kekayaan budaya dan kepelbagaian Malaysia secara konsisten memikatnya sejak beliau ditempatkan di sini pada 2021.

"Rakyat, pemandangan, makanan dan bahasa semuanya bersatu, menambah kepada kepelbagaian berwarna-warni yang menentukan Malaysia yang kita lihat hari ini.

"Pada hari yang bersejarah ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakan Malaysia. Semoga persahabatan yang erat antara Jepun dan Malaysia terus berkembang pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook kedutaan pada pagi Sabtu.

Dekan Ketua-ketua Perwakilan Afrika yang juga Duta Somalia ke Malaysia, Abukar Abdi Osman dalam menyampaikan ucapan tahniah kepada Malaysia berkata:

"Saya mengucapkan semua rakyat Malaysia pada hari yang penuh dengan kegembiraan, kebanggaan, dan perpaduan ketika anda meraikan kepelbagaian dan kemajuan negara anda. Semoga Allah mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia dan kerajaan mereka," katanya.

Hari Malaysia meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!