Pearly-Thinaah tempah tiket final Terbuka Hong Kong

Pearly-Thinaah membuktikan kemampuan untuk mara ke final Terbuka Hong Kong.
Pearly-Thinaah membuktikan kemampuan untuk mara ke final Terbuka Hong Kong.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong.

Pasangan di ranking ke-10 dunia itu menewaskan beregu dari Thailand, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard dalam aksi straight set 21-13, 21-18 di Hong Kong Coliseum pada Sabtu.

Bagi Thinaah, dia dan Pearly tidak mahu melepaskan peluang meraih gelaran juara.

"Tetapi, kami tidak mahu terlalu teruja dan kami mahu berehat dan bersedia untuk perlawanan akhir esok.

"Kami juga akan memperbaiki permainan supaya lebih konsisten dan momentum kemenangan ini diteruskan," katanya.

Ia bakal menjadi aksi final kedua tahun ini buat beregu nombor satu negara itu selepas muncul naib juara pada Masters Malaysia pada Mei lalu.

Mereka akan menentang wakil Indonesia yang juga beregu di kedudukan kelapan dunia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti dalam aksi final.

Dalam pada itu, impian untuk melihat perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei ke final tidak kesampaian apabila dia tewas di pusingan separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Jin Wei tewas di tangan pemain China, Zhang Yi Man 14-21, 11-21.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!