Polis iringi perarakan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia
KUALA LUMPUR - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi kumpulan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini.
Ahli kumpulan himpunan mula bergerak ke IPD Dang Wangi selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek Kampung Baru.
Kumpulan himpunan diketuai oleh bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Terdahulu, Tun Faisal berucap di Majid Jamek Kampung Baru dan memaklumkan akan membuat laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana dibebaskan tanpa dilepaskan oleh mahkamah baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!