KTM Komuter Utara jangka capai 2,000 penumpang

Sze Yee imbas tiket untuk perkhidmatan KTM Komuter Utara yang baharu dilancarkan untuk perjalanan ke Butterworth.
Sze Yee imbas tiket untuk perkhidmatan KTM Komuter Utara yang baharu dilancarkan untuk perjalanan ke Butterworth.
A
A
A

IPOH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjangkakan berlaku penambahan penumpang sehingga 2,000 sehari menerusi perkhidmatan KTM Komuter Utara.

Ketua Pegawai Korporat KTMB, Mohamed Suhaimi Yaacob berkata, pertambahan itu berikutan pembukaan tiga hentian baharu di Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar bermula pada Sabtu untuk perjalanan ke Butterworth, Pulau Pinang.

"Jumlah penumpang itu mungkin termasuk waktu puncak, hari minggu dan cuti awam. Kami juga melihat perkhidmatan ini memudahkan pelajar dan pekerja kerana perjalanannya yang singkat dan jimat.

"Setiap perjalanan boleh membawa sehingga 450 penumpang dengan 20 perjalanan setiap hari melalui 23 stesen," katanya pada Hari Terbuka KTMB 2023 di Stesen Keretapi Ipoh di sini pada Sabtu.

Sze Yee (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Hari Terbuka KTMB 2023 di Stesen Keretapi Ipoh.
Sze Yee (tiga dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Hari Terbuka KTMB 2023 di Stesen Keretapi Ipoh.

Menurut beliau, pihaknya sedia menambah baik perkhidmatan dengan menambah gerabak berdasarkan permintaan penumpang.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, perkhidmatan Komuter Utara dijangka dapat merancakkan lagi pergerakan dua hala dari segi komersial, industri dan pelancong terutama Tahun Melawat Perak 2024.

"Ramai yang teruja dengan perkhidmatan ini kerana sampai terus ke Ipoh. Difahamkan KTM sedang melihat untuk memanjangkan perkhidmatan ke arah selatan cuma kekangan dari segi keretapi dan komuter yang ada.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, pihak Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Aset Keretapi merancang menambah baik stesen yang melibatkan kos dan masa untuk diselesaikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!