Kemalangan maut tiga beranak, pemandu lori direman 4 hari

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

CHUKAI - Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tiga beranak di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor, dekat persimpangan empat Jalan Cheneh-Mak Lagam, direman empat hari mulai Sabtu.

Hakim Wan Suhaila Mohd mengeluarkan perintah reman berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dalam kemalangan pada 2 petang Jumaat, mangsa Ammir Hussein Mohamad, 38, bersama dua anak lelakinya, Ammzar Husszair Al Hussein, 4, dan Ammzar Hussnayan Al Hussein,1, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dirempuh lori pasir yang keluar dari arah kiri secara tiba-tiba.

Dua lagi anggota keluarga iaitu isteri Ammir Hussein, Norhafizah Sazwa Harun, 38, dan anak angkat mereka, Ammzar Hussniah Ammir Hussein Abdul Azim, 8, cedera parah dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!