Sambut Hari Malaysia bersama K-Clique di Splash Carnival

K-Clique menjadi artis penutup untuk Splash Carnival Legoland.
K-Clique menjadi artis penutup untuk Splash Carnival Legoland.
A
A
A

BAGI yang mahukan kelainan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, sertai kumpulan rap terkenal, K-Clique di Splash Carvinal, Legoland Malaysia bermula 5 petang hingga 7 malam.

K-Clique yang dianggotai oleh MK, Noki, SoMean, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas dijangka menyampaikan beberapa lagu hits mereka khas buat pengunjung Splash Carnival.

Selain itu, pengunjung juga masih boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Lego Boat Race, Limbo Rock dan cabaran Hula Hoop, Aqua Zumba dan Just Dance Wavepool serta Aquatic Symphony.

Untuk pengetahuan, acara ini telah berlangsung sejak 19 Ogos lalu dan ia turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti Ernie Zakri (19 Ogos), De Fam (26 Ogos), Naim Daniel dan Heerraa (2 September) serta Dayang Nurfaizah (9 September).

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim memaklumkan pihaknya menjanjikan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan seperti permainan air yang mendebarkan kepada semua peringkat umur serta menjadi destinasi percutian keluarga terbaik.

“Pengunjung berpeluang merasai pelbagai cabaran di taman tema air serta mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga.

“Selain persembahan artis secara live, pihak kami turut menyediakan aktiviti yang mesra keluarga dan permainan bertemakan air,” katanya

Akses kepada hiburan yang luar biasa ini boleh didapati melalui laman web rasmi Legoland Malaysia Resort.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!