PM pengerusi Mesyuarat Kabinet di Kuching

Anwar (tengah) dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (enam dari kanan) bersama barisan Jemaah Menteri pada Mesyuarat Kabinet di Wisma Bapa Malaysia, pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (enam, kiri) serta Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof (lima, kanan). - Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan di Wisma Bapa Malaysia pada jam 2.20 petang, disambut oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira lebih tiga jam itu ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Hampir kesemua Menteri Kabinet hadir termasuklah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sejurus selesai mesyuarat itu kira-kira jam 6 petang, Anwar meninggalkan wisma berkenaan bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, di sini malam ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!