'Prinsip keadilan Islam tidak lagi dijunjung'

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa prinsip keadilan Islam tidak lagi dijunjung oleh kumpulan yang mengaku memperjuangkan agama.

Beliau berkata, demonstrasi yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia pada hari ini digunakan untuk menghancurkan maruah manusia yang dituduh.

“Islam apa yang diperjuangkan sekiranya maruah manusia yang tertuduh dimusnahkan dengan persepsi yang jahat.

“Tertuduh bukan pesalah, hatta pesalah juga tidak wajar dihina apatah lagi tertuduh.

“Tuduhan pula bermotifkan politik kerana perbezaan pegangan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Satu Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara pada Sabtu merupakan satu tindakan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Peserta perarakan tersebut berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira jam 12 tengah hari sebelum bergerak ke pusat beli-belah dan bersurai sekitar jam 3:30 petang.

Khairuddin memberitahu perarakan tersebut dibuat kononnya atas nama perjuangan menyelamatkan negara.

Artikel Berkaitan:

“Keadilan sejagat tidak lagi dijunjung,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!