Kerajaan perlu salur peruntukan kepada negeri pembangkang

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KESANGSIAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan akan menoktahkan masalah kemiskinan tegar pada hujung tahun ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Rasa ragu-ragu itu berasas kerana Ahli Parlimen Bera tersebut beranggapan pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat tidak menyentuh secara mendalam berkait hal itu yang melibatkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu selain Sabah serta Sarawak.

Katanya, bagi menghapuskan miskin tegar juga membabitkan pembangunan seimbang antara wilayah untuk memastikan pembahagian ekonomi dapat dinikmati semua pihak.

“Dalam keadaan mencabar, kita memerlukan langkah jangka pendek bagi memastikan harga bahan makanan khususnya beras tidak naik dengan mendadak,” ujarnya.

KSP RMK12 bermatlamatkan 'Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi' memperkenalkan 17 anjakan utama sebagai pemangkin utama.

KSP RMK12 dimulakan dengan menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah asas prasarana dan keperluan asas rakyat termasuk memperbaiki sekolah dan klinik daif serta memberi jaminan bekalan air bersih seterusnya meneraju ekonomi Islam.

Sebelum ini dilaporkan harga bawang merah, bawang putih dan cili kering naik antara 30 hingga 40 peratus menyebabkan pengguna terutama peniaga makanan mengeluh kerana kian terhimpit.

Selain itu pada 2 September lalu, dilaporkan harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik.

Artikel Berkaitan:

Jadi amat penting untuk kerajaan ambil perhatian tentang kenaikan harga barang supaya rakyat tidak terus terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan juga perlu menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri pembangkang agar matlamat untuk membasmi kemiskinan dapat direalisasikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!