United tak tunjuk karakter sebenar

Ten Hag (kanan) kecewa dengan persembahan para pemainnya ketika menentang Brighton. - FOTO: EPA
Ten Hag (kanan) kecewa dengan persembahan para pemainnya ketika menentang Brighton. - FOTO: EPA
A
A
A

ERIK ten Hag menggesa Manchester United untuk menunjukkan karakter sebenar selepas mereka semakin terjerumus ke dalam krisis ketika Brighton melakar kemenangan mengejut 3-1 di Old Trafford pada Sabtu.

The Red Devils dikejutkan dengan gol pada separuh masa pertama daripada bekas penyerang United, Danny Welbeck sebelum Pascal Gross dan Joao Pedro meletakkan Brighton di depan selepas rehat.

United hanya mendapat gol sagu hati menerusi Hannibal Mejbri yang menyaksikan kekalahan kedua berturut-turut United selepas tewas 3-1 di Arsenal sebelum rehat antarabangsa.

Ini kali pertama United mengalami tiga kekalahan dalam lima perlawanan liga musim ini pada era Liga Perdana dan sedang merana di kedudukan ke-12.

“Sudah tentu itu sesuatu yang mengganggu saya. Akhirnya ia mengenai karakter. Sekarang kita perlu melihat sejauh mana kekuatan kita, bagaimana pasukan bersatu dan pemain mana yang berdiri dan menunjukkan watak serta memimpin pasukan.

“Kerana dalam semua perlawanan menentang Arsenal dan Nottingham Forest, kami melihat boleh bermain dengan sangat baik dan mencipta banyak peluang.

“Tetapi, ya, ada juga beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan. Itu sudah pasti berlaku dan sekarang kita perlu bangkit," katanya.

Ten Hag nampaknya telah berjaya menstabilkan United musim lalu apabila dia menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan memenangi Piala Liga dan layak ke Liga Juara-Juara dalam kempen pertamanya.

Artikel Berkaitan:

Tetapi harapan untuk mencabar kejuaraan sudah pudar selepas permulaan suram pada musim baharu dan bakal berdepan perlawanan getir dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada awal pagi Khamis.

“Kami sangat kecewa dan kami perlu sangat marah dengan diri kami sendiri kerana di United, anda perlu menang perlawanan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!