Johor pulih tujuh projek perumahan 'sakit' bernilai RM260.75 juta

Johor komited selesaikan isu perumahan sakit dan terbengkalai.
Johor komited selesaikan isu perumahan sakit dan terbengkalai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri berjaya menyelesaikan tujuh projek perumahan yang dikategorikan sebagai 'sakit' membabitkan 1,073 unit dengan nilai hartanah RM 260.75 juta pada 2022 dan tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, sebuah lagi projek terbengkalai akan disiapkan sehingga peringkat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan serahan kunci menjelang Oktober depan.

Jelasnya, kerajaan negeri mengambil berat dan komited untuk menyelesaikan projek sakit di samping memantau projek berkenaan.

"Walaupun projek sakit dan terbengkalai bukan bidang kuasa kerajaan negeri, namun demi rakyat penyelesaian dilakukan melalui kaedah intervensi.

"Penyelesaian projek ini melibatkan jumlah unit rumah sebanyak 1,073 unit dengan nilai hartanah RM 260.75 juta," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Jafni memberitahu sebuah jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Projek Sakit & Terbengkalai (JSTP) dibentuk melibatkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ), 16 pihak berkuasa tempatan dan semua agensi teknikal.

"Menerusi JSTP yang dipengerusi saya sendiri, kerajaan negeri menyasarkan penyelesaian lima projek sakit dan sebuah projek terbengkalai dengan jumlah unit 1,776 unit dan nilai hartanah RM 682.66 juta.

"Dalam tempoh tiga tahun sehingga tahun hadapan, nilai hartanah projek sakit dan terbengkalai di negeri ini yang telah dan akan diselesaikan menjangkau ke RM1billion," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!