Dewan SMKA Bugisiah terbakar
PONTIAN - Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Bugisiah, Tampok Laut, Benut di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi, Ahad.
Bagaimanapun, tiada pelajar atau guru dilaporkan cedera dan semuanya dalam keadaan selamat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.13 pagi.
Katanya, seramai 16 anggota dari BBP Pontian dan Rengit bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
"Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan bangunan dewan sekolah struktur kekal satu tingkat musnah 90 peratus.
"Anggota bertindak membuat pemadaman dengan sehingga selesai. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.
Mahadir berkata, operasi ditamatkan pada jam 10.16 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!