Budak maut pesawat tentera udara terhempas ketika lakukan akrobatik
ROME - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut apabila pesawat Tentera Udara Itali terhempas semasa membuat penerbangan akrobatik berhampiran ruang udara di Turin, lapor Agensi Berita dpa, memetik laporan.
Juruterbang berjaya melenting keluar dari pesawat dan terselamat, lapor ANSA pada Sabtu.
Ibu bapa kanak-kanak yang maut dan seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dimasukkan ke hospital Turin akibat melecur.
Kejadian itu berlaku semasa pasukan aerobatik Tentera Udara Itali membuat pertunjukkan udara Frecce Tricolori, sempena ulang tahun ke-100 pasukan itu pada Ahad.
Pesawat itu terhempas sejurus berlepas. Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pesawat itu tersasar daripada kelompok pesawat yang lain sebelum terhempas dan terbakar.
Siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Pesawat itu dipercayai melanggar sekumpulan burung dan juruterbang mungkin hilang kawalan, menurut akhbar La Stampa. - Bernama/dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!