Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dikaji, atasi peningkatan jenayah siber

17 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 17 SEPTEMBER 2023

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan undang-undang jenayah siber dan media sosial dapat diperkasakan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, sudah tiba masanya akta berkenaan dikaji semula bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap jenayah siber di media sosial dengan peruntukan undang-undang yang mencukupi.

Menurutnya, akta berkenaan diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini atau seawalnya awal tahun depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279468/berita/nasional/akta-komunikasi-dan-multimedia-1998-dikaji-atasi-peningkatan-jenayah-siber

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaMojo #BeritaSemasa #SinarHarian