Individu dari Qatar mahu melabur projek RM1.6 trilion

Khalid Abdul Samad. - Foto Bernama
Khalid Abdul Samad. - Foto Bernama
A
A
A
IPOH – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyatakan secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) dalam projek itu.

“Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion... Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.

“Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada pengalaman,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini, hari ini. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!