Roslan Madun anggap Lina anak angkat, mahu berduet bersama

Roslan memuat naik hantar di Facebook berhubung kontroversi lagu Lemak Manis dianggap sudah selesai.
Roslan memuat naik hantar di Facebook berhubung kontroversi lagu Lemak Manis dianggap sudah selesai.
A
A
A

PENYANYI lagu rakyat popular, Lemak Manis, Roslan Madun memaklumkan akan merakam lagu duet dengan penyanyi Indonesia, Lina Rahim bawah Eagle Record Indonesia.

Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya selepas kontroversi membabitkan lagu Lemak Manis yang dikatakan menciplak lagu dari Indonesia diselesaikan secara baik.

Isu terbabit tercetus apabila, Lina menyanyikan lagu itu di bawah syarikat rakaman terbabit dan dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Roslan berkata, isu tersebut menjadikan mereka kini bersaudara.

"Jika kita mahu mencari kebaikan, Tuhan akan menunjukkan jalannya. Jangan cari permusuhan, kerana musuh dalam diri sendiri pun dah tak terlawan.

"Akhirnya kami bersaudara. Lina saya jadikan anak angkat saya. Insya-ALLAH jika izin ALLAH kami akan rakam lagu duet di bawah Eagle Record," tulisnya.

Sebelum itu, Roslan,70, memaklumkan sudah menghubungi semua pihak terbabit dalam isu ini dan menganggap ia sudah berakhir.

Roslan secara peribadi telah menghubungi Lina Rahim menerusi panggilan telefon dan dalam perbualan itu Lina mengakui rasa tertekan dengan keadaan yang sedang berlaku.

Artikel Berkaitan:

Roslan turut memaklumkan sepanjang perbualan itu, Rina menangis dan memberitahu dia tidak berniat untuk menyalin lagu tersebut.

"Sepanjang perbualan itu, Lina bercakap dalam suara yang terputus-putus dalam tangisan kerana merasa bersalah dan saya rasa terharu atas ketulusan hatinya.

"Saya juga tahu penyanyi tersebut tidak berniat menyalin lagu Lemak Manis itu dan saya cuba untuk menenangkan dia," kata Roslan ketika memberi reaksi terhadap perbualan telefon mereka

Lina juga meminta maaf kepada Roslan di atas kesilapannya.

Roslan mengakui memilih untuk berdiam selepas isu tersebut tular dan semua pihak bercakap mengenainya serta ada individu yang menghubunginya.

"Wartawan pun hubungi ingin kenyataan daripada saya. Tapi saya tak jawab sepatah pun. Keadaan tak perlu dikeruhkan tapi wajib dijernihkan. Saya menghubungi komposer saya (Aye) di Sungai Pakning. Ya, memang Lina ini anak yang baik, Allahuakbar. Aye beri saya nombor telefon Lina.

"Betullah firasat saya bukan Lina yang muat naik video itu di YouTube. Tapi Eagle Record yang juga sudah memohon maaf dan menyuntingnya semula," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!