Limpahan air sungai, 35 rumah terkena banjir
TANJUNG MALIM - Limpahan air Sungai Jentong dan Sungai Trolak akibat hujan berterusan menyebabkan 35 rumah penduduk di Felda Trolak Selatan dekat Sungkai dinaiki air pada Ahad.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang memaklumkan, seramai 194 mangsa terjejas dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang itu.
"Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semak Bakti dibuka pada jam 9 malam (Ahad) bagi menempatkan 17 mangsa dari empat keluarga.
"Hasil pemeriksaan mendapati paras air mula menurun dan cuaca kini dalam keadaan baik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Menurut kenyataan itu, keadaan banjir mula pulih dan pasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan tinjauan di lokasi kejadian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!