GEG: Kompaun merokok antara isu mungkin tidak dipersetujui

Dr Zaliha ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persediaan Kali ke-10 Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau. - Foto Bernama.
Dr Zaliha ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persediaan Kali ke-10 Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau. - Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar kompaun di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 antara perkara yang dijangka tidak dipersetujui oleh ahli-ahli Parlimen.

Bagaimana pun Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa komited RUU itu mendapat persetujuan dua pertiga ahli dewan apabila ia dibentangkan Oktober depan.

"Sudah tentu ada yang tidak bersetuju dan bagi mereka anak-anak ini tidak perlu dikompaun tetapi hanya perlu dinasihati atau melakukan kerja-kerja kemasyarakatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persediaan Kali ke-10 Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kementerian terbuka terhadap beberapa cadangan pindaan yang dikemukakan.

"Pada petang ini kita akan cari satu penyelesaian dan jalan tengah menerusi perbincangan bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) Parlimen.

"Kita akan tengok sama ada cadangan-cadangan itu (dapat) cari jalan penyelesaian terbaik," katanya.

RUU itu yang juga dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) merupakan kali kedua dirujuk kepada JKPK selepas pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

RUU berkenaan dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas tahun 2007 dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2030.

Menurut Fasal 13 dan 14 rang undang-undang itu yang menyatakan larangan penjualan produk atau bahan merokok, pengganti tembakau atau peranti merokok kepada individu yang lahir mulai 1 Jan 2007 (Generasi Penamat (GEG), selain larangan individu GEG membeli produk rokok atau tembakau di bawah fasal sama.

Rang udang-undang itu turut memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih setahun jika didapati menjual produk berkenaan kepada individu yang lahir mulai 1 Januari 2007.

Selain itu, denda tidak lebih RM500 atau perintah khidmat masyarakat turut dikenakan kepada mana-mana individu generasi GEG yang didapati membeli produk berkenaan.

Pada 26 Mei lalu, Dr Zaliha menyifatkan ia satu kejayaan buat KKM apabila mendapat sokongan Kabinet untuk RUU terbabit dibentangkan di Dewan Rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!