Kemenangan yang sempurna - Sainz

Sainz menawan GP Singapura dalam saingan F1 di litar jalanan tengah pusat bandar pada malam Ahad. - Foto AFP
Sainz menawan GP Singapura dalam saingan F1 di litar jalanan tengah pusat bandar pada malam Ahad. - Foto AFP
A
A
A

KEMENANGAN yang sempurna buat Carlos Sainz dalam saingan Formula Satu (F1) setelah mengungguli Grand Prix (GP) Singapura di litar jalanan tengah pusat bandar pada malam Ahad.

Kejayaan pelumba Ferrari itu sekali gus menamatkan impian Red Bull untuk menyapu bersih kemenangan dalam setiap perlumbaan pada musim ini.

Pemandu McLaren, Lando Norris menduduki tempat kedua menerusi pemanduan yang cemerlang untuk menafikan kemenangan Mercedes dengan Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Dalam perlumbaan pada sebelah malam itu, Sainz mengawal saingan dengan cemerlang selepas bermula dari petak pertama untuk meraih kemenangan kedua dalam kariernya setelah memenanginya buat kali pertama pada GP Britain tahun lalu.

“Perasaan yang sangat luar biasa. Kami tidak melakukan kesilapan sepanjang minggu ini.

“Kami mempunyai satu peluang untuk memenangi perlumbaan pada tahun ini dan kami melakukannya dengan sempurna,” kata Sainz.

Pendahulu kejuaraan, Max Verstappen yang memenangi 10 perlumbaan terakhir terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Sebagai rekod ia merupakan kegagalan pertama Red Bull menaiki podium buat kali pertama musim ini selepas rakan sepasukannya, Sergio Perez menduduki tempat kelapan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!