Pembangkang gesa kerajaan fokus tangani kenaikan harga beras

Shahidan
Shahidan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan memberikan fokus menangani kenaikan harga beras dan barang-barang lain yang menghimpit rakyat pada ketika ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, kerajaan perlu menghentikan segala peruntukan dan pembangunan serta memberikan fokus kepada kenaikan harga beras tempatan, cili kering, bawang merah dan bawang putih.

"Tinjauan di Tampoi dan Masai menunjukkan kenaikan 30 sehingga 40 peratus. Ini mendatangkan kesan yang hebat kepada negara. Beras tempatan tidak ada di Johor.

"Saya sudah pergi merata tempat dan negeri lain. Di Kedah saya sempat suruh kawan-kawan saya beli sekampit (beras). Harganya tiga minggu lepas ialah RM23, sekarang RM35 (dan) ini adalah beras tempatan.

"Gula berkurangan dan pelbagai lagi. Masalah ini akan menimbulkan keluh-kesah rakyat," katanya pada sidang khas Dewan Rakyat pada Isnin.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor kemudiannya mengambil maklum usul itu dan turut membacakan surat jawapan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Ramli memberitahu, Johari telah meneliti usul dibawa oleh Shahidan dan memutuskan untuk menolaknya.

"Saya telah meneliti usul Yang Berhormat (YB) dan mendapati usul YB tidak terjumlah di bawah urusan majlis khas yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Oleh yang demikian, di bawah Peraturan Mesyuarat 11 (3), saya tidak dapat membenarkan usul YB dibawa ke Majlis Mesyuarat. Justeru, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18 (7) (c), saya menolak usul YB dalam kamar," ujar beliau.

Kata Ramli, pihaknya percaya menteri yang bertanggungjawab akan menjawab isu berkenaan di Dewan Rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!