Sila log masuk terlebih dahulu.

 PM arah agensi siasat pihak sebabkan negara rugi akibat rasuah - Azalina 

18 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
PM arah agensi siasat pihak sebabkan negara rugi akibat rasuah - Azalina

BERITA SEMASA 18 SEPTEMBER 2023

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa SPRM meneliti setiap perkara atau setiap maklumat yang diterima daripada semua pihak termasuklah Perdana Menteri, ketua pembangkang dan ahli-ahli Parlimen.

Oleh itu, beliau yakin bahawa SPRM akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sekiranya terdapat asas kesalahan-kesalahan rasuah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Oleh yang demikian, tidak timbul isu siapa yang keluarkan arahan tertentu kepada SPRM kerana SPRM boleh melakukan siasatan terhadap setiap individu berdasarkan undang-undang.

Tambah beliau lagi, Perdana Menteri telah meminta agensi lain untuk mengambil langkah mengikut jalur perundangan dalam menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung negara akibat rasuah.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Madani tekad dan komited dalam menyelamatkan Malaysia daripada gejala rasuah.