Beri perhatian projek lewat jadual

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada para pengawal keselamatan KPLB pada majlis Perjumpaan Khas Menteri Pembangunan Luar Bandar Bersama Warga KPLB sempena Ramadan di Kementeriannya hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) diminta memberi perhatian serius terhadap projek-projek di bawah kementerian itu yang masih ada dikategorikan sebagai projek lewat jadual.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam membuat gesaan itu menegaskan apabila sesuatu projek atau program itu dilengahkan, ia akan menyebabkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar lewat menerima manfaatnya.

"Ini memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga KPLB di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau seterusnya turut menggesa warga kementerian untuk terus meningkatkan prestasi kerja pada bulan Ramadan dan tidak menjadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidak bersungguh-sungguh dalam tugas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!