'Terima kasih bantu saya jalani kehidupan sebagai Muslim' - Bauer

Perkongsian Bauer di laman Instagramnya baru-baru ini
Perkongsian Bauer di laman Instagramnya baru-baru ini
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN pertahanan dari Jerman, Robert Bauer melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang membantunya dalam perjalanannya sebagai seorang Muslim.

Melalui Instagramnya baru-baru ini, Bauer menyiarkan gambarnya sedang solat mendedahkan bahawa dia masuk Islam melalui isteri dan keluarganya.

“Untuk semua orang yang menghantar mesej kepada saya hari ini. Saya masuk Islam melalui isteri saya dan keluarganya.

“Sudah bertahun-tahun dan saya berterima kasih kerana anda semua membantu saya dan menggalakkan saya dalam perjalanan saya,” tulis Bauer.

Bauer kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Al-Tai, setelah menyertai Liga Pro Saudi dengan kontrak setahun pada Mei.

Pemain berusia 28 tahun itu membuat penampilan sulung Bundesliga 2 pada 31 Oktober 2014 menentang Fortuna Dusseldorf, menggantikan Alfredo Morales.

Perlawanan menentang Dramstadt 98 pada 22 November 2015, menyaksikan Bauer menjaringkan gol pertamanya dalam Bundesliga.

Bauer kemudian berpindah ke Wender Bremen pada Ogos 2016 sebelum dipinjamkan ke FC Nurnberg dua tahun kemudian.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab Rusia, FC Arsenal Tula dan berpindah ke Sint-Truiden (Belgium) pada September 2021.

Bauer mewakili Jerman di Piala Dunia Bawah 20 di New Zealand pada 2015 merupakan sebahagian daripada skuad untuk Sukan Olimpik 2016, yang menyaksikan Jerman memenangi pingat perak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!