Dua anggota tentera cedera kereta jatuh gaung

Pasukan bomba menjalankan operasi bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan. - Foto: Ihsan bomba
Pasukan bomba menjalankan operasi bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan. - Foto: Ihsan bomba
A
A
A

TAPAH - Dua anggota tentera nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam hampir lima meter di Batu 13, Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia 23 dan 28 tahun tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands menuju ke Taiping.

Pasukan bomba memeriksa keadaan mangsa yang tersepit dalam kereta di Jalan Tapah - Cameron Highlands, Tapah pada Isnin. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba memeriksa keadaan mangsa yang tersepit dalam kereta di Jalan Tapah - Cameron Highlands, Tapah pada Isnin. - Foto ihsan bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Nadzri Che Nordin berkata, sepasukan 12 anggota bomba diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.50 pagi.

"Kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.

"Pasukan mengambil masa sekitar 40 minit untuk menaikkan mangsa dengan menggunakan teknik penyelamatan tali," katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut beliau, pemandu kereta berusia 28 tahun mengalami patah kaki kiri manakala rakannya patah tangan kiri.

"Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tapah dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!