Chelsea pasrah dikecam peminat

Pochettino terpaksa menggigit jari melihat aksi pemain Chelsea ketika terikat tanpa jaringan dengan Bournemouth pada Ahad. - Foto AFP
Pochettino terpaksa menggigit jari melihat aksi pemain Chelsea ketika terikat tanpa jaringan dengan Bournemouth pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

JURULATIH Chelsea, Mauricio Pochettino pasrah dengan kritikan dan ejekan penyokong susulan aksi buruk The Blues setelah terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth Ahad lalu.

Ben Chilwell mengangkat tangan sebagai isyarat memohon maaf kepada penyokong selepas tamat permainan, sebaliknya dia dicemuh penyokong yang tidak berpuas hati.

Chelsea menampilkan aksi hambar awal musim ini apabila hanya menang satu daripada lima perlawanan liga meletakkan The Blues semakin hampir ke zon penyingkiran berbanding empat teratas.

“Jika anda melabur pasti mengharapkan pulangan.

Jika tidak menang, memang normal untuk peminat rasa tidak gembira.

“Saya memahami emosi peminat, sudah pasti mereka membantah kerana mahu menang.

Apa yang pasti mereka akan membantu pasukan untuk kemenangan Ahad ini di Aston Villa,” ujar Pochettino.

Pochettino turun tanpa 12 pemain utama akibat kecederaan dan dia merasakan jangkaan penyokong terlalu tinggi dalam keadaan sukar seperti itu.

Artikel Berkaitan:

“Situasi kami ketika ini, saya tidak boleh mengubahnya.

Realitinya begitu.

Ramai pemain kami cedera.

Kami pasukan yang kuat jika semuanya ada.

“Kenapa ia berbeza untuk kami?

Kerana kami tidak mempunyai skuad penuh dari awal musim.

Apa yang boleh kami lakukan?

“Peminat boleh buat apa yang mereka mahu. Kami tahu apa yang perlu dilakukan.

Kami mempunyai keyakinan tinggi, tetapi 12 pemain cedera.

Saya perlu menerima hakikat ini dan kekal positif,” ujar Pochettino.

Chelsea hanya mengutip lima mata daripada lima perlawanan dengan kemenangan tunggal hadir ke atas kelab yang baru naik pangkat ke EPL, Luton.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!