DRB-Hicom sahkan SPRM siasat Deftech
KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd hari ini mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan ke atas anak syarikatnya, Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech).
Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom juga berkata, pihaknya dan Deftech akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan perkara itu.
Deftech yang merupakan syarikat 100 peratus milik DRB-Hicom menjalankan aktiviti membuat, memasang dan membekal antaranya kenderaan tentera dan komersial. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!