Suhaizan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai

Suhaizan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Suhaizan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pulai di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pulai yang baharu, Suhaizan Kayat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Selasa.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Dalam ucapannya selepas selesai majlis angkat sumpah, Johari menzahirkan ucapan tahniah kepada Suhaizan.

Beliau turut menasihatkan Suhaizan dan semua ahli Parlimen yang dipilih rakyat, menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform perdebatan yang bebas.

“Saya yakin ahli Parlimen akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan terhormat seperti yang dituntut oleh institusi ini,” katanya.

Suhaizat dipilih sebagai wakil rakyat baharu pada pilihan raya kecil (PRK) 9 September lepas sekali gus menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

PRK tersebut merupakan percubaan kali ketujuh bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu dalam pilihan raya

Beliau memperoleh sebanyak 48,283 undi, menewaskan pencabar terdekatnya, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan:

Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai memperoleh 29,642 undi.

Jumlah tesebut menjadi Suhaizan menang selesa dengan majoriti undi 18,641.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!