Ambil iktibar peristiwa 13 Mei

Mohd Azmi
Mohd Azmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( Mapim), menyeru semua pihak dalam kalangan kaum dan penganut agama di negara ini, mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969 di negara ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan peristiwa berdarah itu tidak boleh lagi terjadi atau berulang.

"Ayuh kita jadikan 13 Mei ini sebagai titik tolak membina semangat saling menerima dan menjalin keharmonian.

"Saling hidup berukun dan menyemangati persaudaraan untuk membangun Malaysia baharu yang dibanggakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua rakyat seharusnya memahami dan belajar daripada sejarah masa lampau dan memahami realiti masa kini untuk merancang kemajuan masa hadapan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

"Kini negara berumur 62 tahun dan sudah jauh perjalanannya dibangun dan dimajukan oleh pewaris kemerdekaan.

"Tidak mudah mencapai ketahap ini. Kemajuan ini memerlukan kebijaksanaan luar biasa untuk mengurus tadbir negara dalam iklim aman dan damai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah tragedi rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncaknya telah membawa kepada masalah perpaduan di Malaysia.

Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 kejadian ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!