Mohamed Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Menurut Weng San, pihaknya menerima surat daripada Perikatan Nasional (PN) Selangor pada 15 September lalu untuk mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Ketua Pembangkang.
"Diharapkan Ketua Pembangkang telah dilantik dan dipersetujui ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya, tahniah diucapkan," katanya.
Jawatan Ketua Pembangkang pada penggal lalu milik ADUN Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail, bagaimanapun Pakatan Harapan (PH) dan BN bergabung pada pilihan raya negeri (PRN).
Gabungan PH dan BN kemudiannya memenangi PRN pada 12 Ogos lalu selepas menguasai 34 daripada 56 DUN, sekali gus membentuk kerajaan negeri bagi penggal ke-15.
Pada 21 Ogos, seramai 10 ADUN mengangkat sumpah sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!