Pekerja spa bawa kokain 'sangkut' di KLIA

Sasikala Devi menunjukkan rampasan kokain yang dirampas polis susulan penahanan wanita warga Thailand di KLIA, Ahad lalu. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sasikala Devi menunjukkan rampasan kokain yang dirampas polis susulan penahanan wanita warga Thailand di KLIA, Ahad lalu. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pekerja spa warga Thailand yang direkrut sebagai keldai dadah dicekup dengan rampasan kokain bernilai RM854,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA kira-kira jam 5.50 petang.

"Suspek wanita ditahan di balai ketibaan ketika pemeriksaan rambang pasukan operasi.

"Polis telah menjumpai empat bungkusan plastik disyaki berisi dadah jenis kokain seberat 4.27 kilogram bernilai RM854,000 yang diletakkan dalam bagasi," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.

Tambahnya, polis turut menyita satu 'goldbar', satu cincin dan wang tunai RM500.

Katanya, dipercayai wanita itu berperanan sebagai keldai dadah, namun siasatan masih dijalankan sama ada sitaan barang kemas itu adalah upah kepadanya atau bukan.

"Polis percaya dadah itu untuk pasaran negara luar di Asia Tenggara," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!