Imigresen serbu penempatan haram di Puncak Alam

Sebahagian warga asing ditahan dan diperiksa pihak imigresen dalam satu serbuan di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.
Sebahagian warga asing ditahan dan diperiksa pihak imigresen dalam satu serbuan di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu Operasi Penguatkuasaan Imigresen Bersepadu di kawasan hutan Puncak Alam, dekat sini pada Sabtu lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi jam 2 pagi itu dilaksanakan dengan kekuatan 110 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM Putrajaya.

Beliau berkata, operasi tersebut turut dibantu 13 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurutnya, seramai 95 warga asing telah diperiksa dalam operasi tersebut dan 39 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Kesemua PATI yang ditahan berusia antara dua hingga 52 tahun terdiri daripada warganegara Indonesia.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki, 22 perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Dua anggota petugas memeriksa seorang warga asing semasa melakukan serbuan di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.
Dua anggota petugas memeriksa seorang warga asing semasa melakukan serbuan di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.

"Sementara baki 56 orang yang diperiksa tetapi tidak ditahan kerana mereka mempunyai slip pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Tambahnya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Mengulas lanjut mengenai operasi itu, Ruslin berkata, pasukan operasi terpaksa berjalan kaki di dalam gelap hampir 15 minit untuk sampai ke penempatan haram tersebut melalui jalan hutan.

"Serbuan dilaksanakan sangat mencabar kerana penempatan haram itu berada jauh dalam hutan dan tidak berada berdekatan di laluan utama.

Pasukan petugas operasi terpaksa menempuhi laluan sukar sebelum tiba di penempatan haram di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.
Pasukan petugas operasi terpaksa menempuhi laluan sukar sebelum tiba di penempatan haram di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.

"Selain itu, kawasan tersebut dikelilingi cerun curam dan terdapat banyak lorong yang tersembunyi bagi memudahkan PATI meloloskan diri," katanya.

Beliau berkata, semasa serbuan terdapat PATI yang cuba melarikan diri melalui lorong-lorong hutan dan melompat ke cerun-cerun yang curam.

"Tindakan mereka melarikan diri daripada ditangkap sebenarnya boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.

"Walau bagaimanapun, hampir semua yang cuba melarikan diri berjaya ditahan kerana kawasan tersebut telah dikepung terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu katanya, imigresen akan memanjangkan maklumat dan laporan penempatan haram tersebut kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!